Thursday, 18 October 2012
Tuesday, 2 October 2012
Menguji ketulusan hati
Manusia mudah lalai, mudah saja tergoda dengan iblis laknatullah, dan manusia juga mudah lupa kerana manusia makhluk Allah Azza wa Jalla yang lemah. Hati manusia perlu sentiasa dijaga kerana itulah punca diatas segala jasad dalam diri manusia. Jauhkan perkara yang dilarang dan tingkatkan beribadah kepada Allah S.W.T dengan penuh ketulusan hati. Juga jauhkan sifat penyakit hati iaitu hasad dengki, riak, takkabur dan dendam kerana sifat sedemikian mematikan hati. Hati yang mati menyebabkan lalai dari mengingati Allah S.W.T, lebih kasihkan dunia dari akhirat dan banyak berbuat maksiat. Tanda hati mati juga ialah seseorang itu tidak merasa bersalah dan menyesal sedikitpun setelah melakukan dosa dunia. Nauzubillah.
Hati yang ikhlas ialah hatinya sentiasa mengingati Allah di atas setiap tindak tanduknya yang dilakukan. Rasulullah S.A.W bertanya kepada iblis laknatullah, 'Siapakah orang yang ikhlas menurutmu wahai Iblis?'. Makhluk terlaknat ini menjawab, 'Bukankah kau telah mengetahui wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, dia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat orang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku dapat pastikan bahawa dia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan serta hatinya masih terlalu terikat dengan kesenangan dunia, dia sangat patuh padaku.'
Bersihkan hati dengan zikir-zikir Allah serta segera bertaubat dan selalu memperbaharui taubat kepada Allah S.W.T. Iblis takut untuk mendekati manusia yang selalu berzikir mengingati Allah dan gagal untuk memasuki hati yang bersih. Ini adalah tip yang mudah untuk membersihkan hati selain dari solat 5 waktu dan berzikir. Antaranya ialah:
1. Bersyukur dengan kurniaan Tuhan
2. Beribadat dengan benar dan seikhlas hati
3. Berakhlak baik
4. Menimba ilmu tanpa henti
5. Bekerja keras cara bijak
6. Bersederhana dalam hidup
7. Ringan tangan membantu sesiapa sahaja
8. Memaafkan orang lain
Rasulullah S.A.W mengajar kita berdoa untuk menyelamatkan diri daripada bisikan jahat Iblis, "Wahai Rabb kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami dari Api Neraka". Juga berdoa, "Maha Suci Engkau, Ya Allah, aku memujiMu. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, aku minta ampun dan bertaubat kepadaMu".
"Manusia yang tidak mematuhi perintah Allah dan nabiNya, adalah manusia yang menganiaya dan menzalimi dirinya sendiri. Manusia yang melanggar syariat Islam, pada hakikatnya, menciptakan kesengsaraan bagi dirinya sendiri."
Tanda-tanda hati ikhlas
1. Takut kepada kemasyhuran-takut terselit perasaan riak, sombong dan takkabur.
2. Curiga terhadap diri sendiri-bimbang tidak mampu menunaikan kewajipan.
3. Beramal di tempat yang sunyi.
4. Tidak mencari pujian dan tidak tertipu dengannya.
5. Tidak kikir memuji mereka yang berhak dipuji.
6. Sentiasa istiqamah dalam melakukan ibadat
7. Mengadakan perayaan dengan mengharap redha Allah SWT bukan redha manusia.
8. Suka dan benci kepada sesuatu kerana Allah SWT.
9. Sabar di atas dugaan dan ujian dalam perjalanan menuju Allah SWT.
10. Gembira dalam melakukan ibadat tanpa perasaan disaingi atau dipaksa.

Perkara Yang Wanita Solehah Perlu Jaga
1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah s.a.w. melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan atau melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng, sama juga seperti pelacur di zaman jahiliyah.
3. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal, kata orang sekarang hidung belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi
Rasullulah s.a.w. melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani.
Dilaknatnya seseorang perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah s.w.t. – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu.
Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah s.a.w. dengan memakai pakaian yang tipis.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan menta'ati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah s.a.w. – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah s.w.t. akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud:
“Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya,” – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut
“Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya,” – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Source : iluvislam.com

Sabda Rasullulah s.a.w:
“Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja,” – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad s.a.w;
“Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram,” – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda Rasulullah s.a.w;
“Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah s.a.w. akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi,” – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Wednesday, 29 August 2012
Sebuah Pertemuan
Kita BERKENALAN secara tak sengaja, adalah PERANCANGAN ALLAH.
Kita BERKAWAN begitu lama bertahan pun, ALLAH yang RANCANG.
Kita dikurniakan RASA SUKA antara satu sama lain juga, ALLAH yang BERI.
Kita masih BERSAMA walau banyak dugaan menimpa, ALLAH yang ATURKAN.
Kita BERJAUHAN untuk mencapai REDHA-NYA juga, DIA yang RANCANG.
Kita BERDOA untuk KEBAHAGIAAN masing2 juga, ALLAH yang DETIKKAN dalam hati kita. :)

Kita dikurniakan KESEDARAN dan KEINSAFAN juga kerana, ALLAH SAYANG PADA KITA.
Kita BERJAUHAN untuk mencapai REDHA-NYA juga, DIA yang RANCANG.
Kita BERDOA untuk KEBAHAGIAAN masing2 juga, ALLAH yang DETIKKAN dalam hati kita. :)
A new beginning
Pengalaman mengajar aku supaya lebih berhati-hati pada masa akan datang. Tanpa pengalaman samada yang baik atau buruk seseorang itu tidak akan belajar sesuatu daripadanya untuk menjadi lebih baik dan lebih berhati-hati dalam menguruskan setiap langkah kehidupan.
Dalam memulakan kehidupan yang baru ini umpama 'menutup buku lama dan membuka buku baru' pada mulanya memang agak sukar. Kekuatan dalam diri perlulah dititipkan agar tidak lagi jatuh ke landasan yang salah. Pelbagai aspek yang perlu diambil dalam etika pengurusan hidup yang baik iaitu pengurusan masa yang lebih efektif. Masa amat penting. Tanpa pengurusan masa yang bijak seseorang mungkin akan gagal dalam menguruskan kehidupannya. Seseorang itu haruslah bijak menguruskan masanya dengan masa beribadah, masa belajar dan sebagainya agar masa sehari-harian digunakan dengan baik dan tidak membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.
Pengurusan kewangan juga amat penting agar tidak melebihi had bajet wang yang diperlukan. Terutamanya aku sebagai pelajar, pengurusan wang ini perlu diambil kira. Pengurusan wang yang salah boleh mengundangkan bencana dalam diri. Wang tidak boleh digunakan secara boros atau melebih-lebihan. Allah S.W.T juga melarang kita dari bersifat boros.
Allah berfirman,
"Orang-orang boros (membazir) adalah saudara-saudara syaitan."
(Al-Isra: 27)
Kita perlu berjimat cermat kerana kos sara hidup seseorang semakin tinggi di zaman yang serba canggih ini. Jangan terlalu terpengaruh dengan gaya hidup seseorang kerana kita perlu sedar siapa kita kerana diri kitalah yang bakal menanggung akibatnya bukan orang lain.
Selain itu, pengalaman mengajar aku agar memilih sahabat yang betul. Sahabat yang salah boleh mempengaruhi kita dalam segala aspek kehidupan. Sahabat adalah cermin kepada kita. Segala tingkah lakunya bakal memantulkan cahayanya dalam diri kita. Jika sahabat kita baik maka baiklah kita dan juga sebaliknya. Carilah sahabat yang mengingatkan kita akan Illahi. Seorang kawan yang baik adalah yang akan membantu kita untuk menjadi orang baik. Sahabat yang baik juga, apabila dipandang wajahnya, membawa mengingati Allah, mendengarkan kata-katanya, menambahkan ilmu, terlihat gerak gerinya, meninggikan takut kepada Allah, berkawan dengannya, berjuang ke jalan Allah. Itulah sahabat yang baik. Kita sebagai manusia ada hak untuk memilih sahabat antara yang baik atau buruk kerana setiap perkara tersebut bakal memberi kesan yang mendalam terhadap diri kita. Perkara tersebutlah yang membentuk diri kita kelak. Jika sahabat kita ada melakukan perkara yang menyimpang ke jalan yang benar, kita sebagai sahabat perlulah membimbingnya ke jalan yang baik iaitu ke jalan Syurga.
Jangan melebihkan segala-galanya dari Allah Azza Wajjala. Hal sebeginilah yang patut diambil beratkan dalam kehidupan kita semua. Ramai orang kecewa kerana mementingkan hal yang lain selain Allah. Mereka lupa Allah sentiasa ada setiap waktu.
Dan kita sentiasa kita ingat apapun yang berlaku dalam hidup ini semua takdir Allah. Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatanNya terlalu MISTERI dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah 'what you give, you get back'. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah. Perkara yang berlaku atas diri kita adalah akibat dari diri kita sendiri.
Allah berfirman,
"Allah tidak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri."
(Ali Imran: 117)
Contohnya seseorang merasakan hidupnya tiada gunanya lagi dan masa depannya hancur kerana dibuang daripada universiti atas kegagalan dalam peperiksaan akhir. Itu adalah salah dirinya sendiri. Peluang sudah ada di depan mata tetapi tidak mengendahkannya dan akhirnya gagal sebelum garisan penamat. Banyak lagi pengajaran yang perlu kita pelajari. Apapun ingatlah Allah S.W.T sentiasa bersama kita. Memohon ampun dan taubat kepadaNya serta bertawakal dan menyerah diri hanya padaNya kerana hanya Allah Yang Maha Berkuasa yang menetapkan segalanya pada kita. Kita hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal tetapi Allah yang menentukannya. Redhakan atas semua yang berlaku. Terima dengan hati terbuka kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan untuk kebaikan pada diri kita kelak.
Berfikir sebelum bercakap takut-takut tersalah bicara atas apa perkataan yang bakal keluar dari mulut kita yang mungkin boleh mengaibkan orang atau kata lain mengumpat ketika bersama rakan. Mengumpat menjadi trend pada masa kini ketika bersama rakan terutamanya perempuan. Entah mengapa kita sering sahaja lalai dan lupa akan hukum mengumpat ini. Mengumpat adalah haram dan merupakan dosa yang besar kerana lebih teruk daripada membunuh. Sesiapa sahaja yang mengumpat pasti akan masuk Neraka. Nauzubillah. Perkara inilah yang perlu dijauhkan. Kenapa terlalu seronok mengaibkan dan menjatuhkan orang tanpa mengetahui akibatnya? Siapa kita hendak menilai seseorang? Layak sangatkah kita? Jangan merasakan diri itu terlalu bagus untuk menilai seseorang. Kita tidak sempurna. Kita kena terima baik buruk seseorang. Ambil yang jernih buang yang keruh. Itu yang terbaik dan mengumpat tidak memberikan manfaat malah merosakkan hati.
Kesimpulannya, belajarlah dari kesilapan untuk menjadi lebih baik. Tingkatkan kualiti diri dan bijak menguruskan diri adalah ciri-ciri orang yang berjaya di dunia malah akhirat. Sentiasalah beristiqamah dalam memperbaiki diri ke jalan yang betul iaitu jalan Allah S.W.T. :)

Friday, 24 August 2012
Jangan bersedih
Wahai orang yang sedang bersedih,
Ketahuilah, kita hanya mampu merancang, tetapi Allah S.W.T yang menentukannya. Setiap perjalanan hidup manusia, yang selalu bertaut pada Allah Azza Wajalla, pasti tidak akan kecewa sekiranya sentiasa yakin akanNya. Setiap yang berlaku adalah kehendak Allah. Setiap kehendak Allah itu pasti akan berlaku kerana seseorang hamba Allah itu tidak akan mampu menghalang atas setiap apa yang Allah telah tetapkan, dan kehendak Allah adalah berkait dengan hikmah. Hikmah itu pula berhubung rapat dengan kebaikan yang bakal kita dapat. Hanya mereka yang sempurna akal dan bijak menentukan kehidupan sahaja yang dapat menjangkau hikmah yang tersirat disebalik ujian dan dugaan yang menimpa.
Apa jua takdir Allah pasti bermaksud baik walaupun kelihatan pahit. Jika manusia mengecewakan kamu, jangan bersedih, kerana Allah akan selalu menunaikan harapan kamu. Jika manusia menzalimi kamu, jangan bersedih, kerana Allah akan selalu berlaku adil terhadap kamu. Jika manusia melukai kamu, jangan bersedih, kerana Allah akan selalu menitipkan penyembuh buat kamu.
Jangan kita hanya tahu merungut kerana seakan kita tidak redha pada ketentuan Allah. Jangan kita hanya tahu berkeluh kesah, kerana ujian yang datang yang bakal menentukan martabat dan darjat seseorang di mata Allah S.W.T. Jangan kita kecewa, putus harapan, kerana seakan kita berputus asa pada rahmat Allah, sedangkan Dia sentiasa memerhati dan menyayangi kita.
"Tidak ada iman tanpa ujian". Kalimat itulah yang mesti dipegang oleh seorang mukmin dalam mengharungi kehidupan. Susah dan senang itu adalah sesuatu yang berada di antara ruang-ruang kehidupan di mana seseorang mukmin itu diuji keimanannya. Persoalannya, samada seseorang itu akan berjaya atau tidak dalam menempuhi setiap ujian yang berlaku dalam hidupnya? Semua itu bergantung akan keimanan dan ketaqwaan seseorang terhadap Allah Yang Maha Berkuasa.
Sabarlah! Kemampuan bersabar itu ditentukan oleh kekuatan hati dan keyakinan terhadap takdir, qada' dan qadar' serta janji Allah SWT. Segalanya akan menjadi mudah, jika kita mampu bersabar dan bersyukur.
Istighfarlah! Sesiapa yang memperbanyakkan istighfar, maka Allah akan membebaskannya daripada kesedihan, dan memberikannya jalan keluar bagi kesempitan, dan akan dimurahkan rezeki.
Bila kita terlalu berharap pada seseorang dan tidak pada Allah, kita pasti akan menemukan kekecewaan yang teramat dalam. Makluk Allah S.W.T penuh dengan pelbagai kekurangan yang belum tentu mampu membahagiakan kita. Hanya Allah yang mampu membahagiakan kita dan memberikan ketenangan hati. Maka, kita harus sentiasa memohon bantuan dan berharap hanya kepada Allah Azza Wajalla. Takdir itu milikNya, usaha dan doa itu milik kita. Teruskan berdoa memohon hanya kepadaNya.
Kita semua milik Allah, kita harus mengembalikan segala urusan hanya kepada Allah. Lepaskan segala-galanya, hanya percayakan Dia. Yakin akan Allah! Anda pasti tidak akan kecewa.

Sunday, 5 August 2012
Istiqamah
Sebagai seorang muslim, kita haruslah sentiasa beristiqamah dalam melakukan segala perbuatan baik yang diperintah oleh Allah S.W.T. Istiqamah bermaksud berpendirian teguh atas jalan yang lurus, berpegang pada akidah Islam dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah dan berpaling walau dalam apa-apa keadaan sekalipun. Cara untuk kita sentiasa beristiqamah ada tiga perkara iaitu mempunyai niat yang betul, kurangkan pilihan dan selalu berdoa.
Niat penting bagi memastikan hala tuju kehidupan kita yang sebenar. Niatlah dalam hati agar kita sentiasa kekal berpegang teguh dan berpendirian tinggi serta niatlah dengan penuh keikhlasan dalam melakukan apa jua hal kerana Allah Taala untuk kita sentiasa menjadi seorang muslim yang soleh dan solehah di dunia mahupun akhirat. InsyaaAllah niat yang betul akan mencapai segala keredhaanNya.
Kurangkan pilihan bermaksudnya di sini ialah kurangkan memilih dalam melakukan sesuatu antara baik atau buruk. Contohnya, nak maafkan seseorang ataupun tidak? Sering sahaja bermain di minda dalam hal sebegini, bukan? Sepatutnya kita harus ikutkan sahaja perkara yang baik dan jauhkan perkara yang buruk supaya hati kita sentiasa bersih dari segala perkara yang tidak baik yang boleh merosakkan hati seperti perasaan berdendam, hasad dengki mahupun riak. Sentiasalah membersihkan hati ini dengan solat, berpuasa, berzikir dan sebagainya. Salah satu tip untuk membersih hati menurut Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah ialah pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.
Doa merupakan senjata orang mukmin. Orang mukmin akan banyak berdoa dan bermunajat kepada Allah S.W.T sama ada dalam keadaan tenang ataupun dalam keadaan gelisah. Hati seseorang mukmin itu sentiasa bergantung dengan kekuasaan Allah SWT tidak kiralah dia sedang bergembira atau berduka. Dan tidak akan rugi seseorang itu jika sentiasa berharap dan berserah diri kepada Tuhan yang Maha Berkuasa kerana berdoa merupakan salah satu bentuk komunikasi seseorang hamba dengan Raabnya (Tuhannya) dan juga satu bentuk hubungan yang mujarab bagi mendekatkan diri dengan Pencipta. Doa juga merupakan satu ibadah.
“Umat Islam digalakkan berdoa untuk kebaikan di dunia dan di akhirat. Manusia hanya mampu berusaha, segala ketentuan adalah daripada Allah S.W.T. Memohon sesuatu daripada Allah hendaklah disertai dengan perasaan insaf, jujur, dan ikhlas supaya mendapat petunjuk dan hidayahNya.”
(Al-Baqarah; 201)
Rasulullah SAW bersabda :
“Man Qala La Hawla wala Quwwata Illa Billahi Kana dawa’an min tis’atin wa tis’iina da’in, aisaruha al-Hammu”
Bermaksud;
“Siapa yang mengucapkan 'La Hawla Wala Quwwata Illa Billah,' maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan”.
(Hadis Riwayat Tabrani)
Zikir 'La Hawla Wala Quwwata Illa Billah' jika selalu dibaca boleh memberi kekuatan pada hati serta hati sentiasa ikhlas dalam mengerjakan perintah Allah S.W.T. InsyaaAllah..
Kesimpulannya, istiqamah merupakan sikap jati diri yang teguh dan tidak luntur oleh apa jua pengaruh dan cabaran. Sikap ini membolehkan seseorang itu terus berusaha untuk mencapai matlamat daripada usaha dan pengorbanannya. Akhirnya sikap inilah yang menjadi faktor utama kejayaan.

Subscribe to:
Posts (Atom)