Hargailah hidup. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Kadang kala kita tak sedar yang hidup kita ini sangat indah. Dan mungkin tak semua orang dapat merasa apa yang kita rasa. Manusia kadang tak menghargai hidup kerana tak pernah melihat apa yang mereka ada tapi melihat kelebihan orang lain yang ada. Berfikiran begitu adalah salah. Bagaimana kita nak menghargai dan bersyukur kalau kita berfikiran begitu?
Hidup ini penuh dengan cabaran dan dugaan. Dengan adanya cabaran dan dugaan yang membuatkan hidup kita lebih bermakna. Kesedaran akan hidup membuatkan kita lebih bersyukur dengan apa yang kita ada. Jangan biarkan hasad dengki mempengaruhi diri kita. Kerana ia adalah racun yang berbisa. Ianya membuatkan hidup kita dalam keadaan tertekan dan membuatkan kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Cuba ambil masa kekadang untuk berfikir apa yang kita ada dalam hidup ini. The best things yang pernah kita dapat. Dengan cara itu kita lebih hargai hidup.
No matter how bad you think your life, wake up each day and be thankful for what you have. Someone somewhere is fighting to survive.
No comments:
Post a Comment