Tuesday, 8 May 2012

Takdir dan Dugaan

Takdir kita semuanya ditentukan oleh Allah S.W.T. Tiada sesiapa pun yang boleh mengubah takdir seseorang. Apa pun takdir kita, sebagai manusia kita kena terima tidak kira baik mahupun buruk. Kerana setiap takdir yang berlaku pasti ada hikmahnya. Cuma hikmahnya kekadang kita tidak pasti kenapa dan kita tidak nampak, tapi percayalah apa yang Allah S.W.T beri pada kita semuanya indah belaka. Tapi jangan hanya terlalu berserah kepada takdir kerana kita juga kena berusaha untuk dapatkan apa yang kita inginkan dalam hidup buat bekalan di dunia dan akhirat kelak. 


Dugaan sentiasa hadir dan pergi kepada orang yang disayangi Allah. Tapi dugaan yang hadir dalam hidup kita bukan selama-lamanya sebab akhirnya kesenangan yang kita dapat. Ingat Allah sedang menguji kita. "Ujian itu diturunkan untuk kita lebih dekat kepadaNya", "Allah tidak akan membebani seseorang di luar kemampuan seseorang itu", "Bertuahlah anda insan terpilih, Allah menyayangi anda" seringkali kita dengari setiap kali ujian, musibah atau kesedihan menimpa kita. Tetapi hati ini kadangkala begitu degil menerimanya. Mengapa? Kerana jiwa yang tidak dipagari dengan iman sangat mudah dikacau, hati yang tidak 'diberi makan' mudah sakit. Astaghfirullahal'azim.

Ketika ditimpa dugaan, inilah peluang kita untuk berkasih sayang denganNya, tempat untuk kita kembali semula setelah lama kita alpa dan lalai kepadaNya. Tidakkah kita melihat betapa bertuahnya kita apabila DIA memilih kita untuk tidak terus hanyut? Inilah peluang untuk kita bertaubat dan menyedari DIA merindui suara kita. Subhanallah. Apa yang kita perlu kita lakukan ialah mulakan hidup baru, dekatkan diri kepada Pencipta, perbaiki diri menjadi muslim terhebat dan ingat Allah sentiasa bersama hambaNya tidak kira senang ataupun susah. Paling penting kita perlu sentiasa berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah S.W.T. Itulah kunci kejayaan kehidupan sebenar. Ingatlah bukan saat sedih dan kesusahan, mencari Allah. Saat senang dan gembira, melupakan Allah kerana yang memberikan kesenangan itu juga Allah.

Kadang-kadang dalam perjalanan merentasi menujunya yang satu, berbagai dugaan yang menimpa. Meratah keimanan kita satu persatu. Kekadang rasanya tak mampu. Kadang-kadang mahu beralah. Tetapi di sana ada kebahagiaan hakiki. Aku yakin!

Fate doesn't care about plans.
If something is meant to be, it will be. I don't know about you, but I'm a firm believer in fate. Everything happens for a reason, and sometimes the reasons aren't very clear. Some we find out almost immediately, and some we live our whole lives trying to figure out. Why you met someone, why you lost someone, why things happened the way they did. I'm constantly thinking about this. But ultimately, i know that everything end just the way it's meant to. Nothing I do can change the outcome. It always ends well, and if it doesn't.. well, its just not the end. It's that simple.

No comments:

Post a Comment