Monday, 21 May 2012

We're all made to be who we want


Cara kita berfikir yang mencorakkan kehidupan kita sendiri. Cara berfikir yang betul adalah dengan berfikir positif. Jangan selalu mengatakan 'aku tak boleh' 'tak mungkin la aku boleh buat' 'susah la, boleh ke'. Sebab itulah hidup kita tidak berjaya. Sebab kita dah set mind kita dengan bercakap macam tu. Bila dah set mind macam tu sampai bila pun kita tak boleh nak buat dan macam mana nak berjaya kalau macam tu kan.


'We'll never know if we never try'. Bagaimana kita nak berjaya kalau kita takut untuk mencuba? Kurang berkeyakinan untuk mencuba padahal itu yang kita inginkan. Just follow your heart for what you think is right and be confident to try.


'You never enjoy your life, living inside the box, you're so afraid to taking chances, how are you going to reach the top?' - Waiting Outside the Line by Greyson Chance. Hidup ini umpama roda. Kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita di bawah kerana setiap manusia pernah merasai kejayaan dan juga kegagalan dan setiap kejayaan dan kegagalan yang dirasai oleh manusia mempunyai hikmah dan pengajarannya yang tersembunyi disebaliknya. Ketahuilah bahawa tidak ada yang salah pun kalau hendak mencuba. Berusaha untuk dapatkan apa yang kita inginkan. Kalau kita takut nak mencuba sampai bila pun kita takkan dapat apa yang diinginkan dan hidup kita kekal begitulah. 


'Nothing great ever come that easy'. Kalau mencuba tapi tidak berjaya cuba lagi jangan putus asa. Kerana orang yang tidak berputus asa selalu akan berjaya. Setiap usaha yang diberikan pasti akan mendapat ganjaran yang berlipat ganda. Never give up, keep trying until you succeed!


Hidup ini not for nothing. Our future is depend on us. Fikirlah apa yang betul untuk kita lakukan pada masa hadapan. Jangan selalu mendengar kata-kata negatif dari orang lain dan jangan terpengaruhi dengan kata-kata mereka. Sebab apa yang kita rasa betul untuk buat just buat. Sebab ini future kita, bukan orang lain.

No comments:

Post a Comment