Thursday, 28 June 2012

Yakin akan Dia!

Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Untuk kita belajar sesuatu darinya. Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah, semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan. Percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak berlaku pekelahian, salah faham dan ketidak seragaman.

Namun masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yang jernih. Kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah S.W.T. Ikatan hati manakah lagi yang paling kuat selain dari Allah? Kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ketidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita. Itulah dia Allah S.W.T.

Kerana dihitung perbezaan-bezaan, memang akan semakin menjadikan hati kita jauh. Namun, those does not matter, sebab Allah sahaja yang membina hati kita. InsyaaAllah.. And He knows BEST! Wallahua'lam. Bersabarlah, dan teruslah berdoa. Allah S.W.T pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, jika kita benar-benar yakin akan Dia!

No comments:

Post a Comment