Saturday, 30 June 2012

Perspective is Everything

Sebelum mentafsir sesebuah perkara perlulah dilihat secara perspektif yang menyeluruh. Jika kita melihat dengan hanya satu perspektif muncul lah kesefahaman yang salah. Ini adalah salah satu punca perselisihan di dalam satu perhubungan tak kiralah dari segi perhubungan cinta, keluarga atau kawan. Mungkin dengan hanya mendengar, atau melihat sesuatu perkara itu adalah betul apa yang difikirkan oleh kita. Sebagai contoh, kawan kita ni seorang yang panas baran, suka memberontak dan kasar. Maka, muncullah pelbagai andaian yang bukan-bukan tentang dia, bukan? Padahal bila diselidik balik punca mengapa boleh terjadinya begitu disebabkan masalah yang dihadapinya. Itu sebagai contoh.

Seseorang itu membuat sesuatu mestilah mempunyai sebab yang tertentu. Tiada perkara yang terjadi di dunia ini hanya saja-saja. So, janganlah kita membuat andaian yang bukan-bukan jika kita tidak tahu perkara yang sebenar. Sebaiknya selidik dulu sebelum membuat andaian. Selalulah bersangka baik terhadap apa-apa sahaja, berfikirlah secara positif agar hati sentiasa tenang dan Insyaa'Allah hidup anda lebih bahagia.

Janganlah kita memandang apa yang kita nampak dari luaran seseorang because you have no idea what their JOURNEY is all about. Dan paling penting berhentilah mengkritik perkara buruk yang boleh mengaibkan seseorang kerana siapalah kita untuk menilai baik buruk seseorang. Kita bukanlah manusia sempurna. Yang layak hanyalah Dia, Allah S.W.T.

No comments:

Post a Comment