Hargailah hidup. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Kadang kala kita tak sedar yang hidup kita ini sangat indah. Dan mungkin tak semua orang dapat merasa apa yang kita rasa. Manusia kadang tak menghargai hidup kerana tak pernah melihat apa yang mereka ada tapi melihat kelebihan orang lain yang ada. Berfikiran begitu adalah salah. Bagaimana kita nak menghargai dan bersyukur kalau kita berfikiran begitu?
Hidup ini penuh dengan cabaran dan dugaan. Dengan adanya cabaran dan dugaan yang membuatkan hidup kita lebih bermakna. Kesedaran akan hidup membuatkan kita lebih bersyukur dengan apa yang kita ada. Jangan biarkan hasad dengki mempengaruhi diri kita. Kerana ia adalah racun yang berbisa. Ianya membuatkan hidup kita dalam keadaan tertekan dan membuatkan kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Cuba ambil masa kekadang untuk berfikir apa yang kita ada dalam hidup ini. The best things yang pernah kita dapat. Dengan cara itu kita lebih hargai hidup.
No matter how bad you think your life, wake up each day and be thankful for what you have. Someone somewhere is fighting to survive.
Tuesday, 22 May 2012
Monday, 21 May 2012
We're all made to be who we want
Cara kita berfikir yang mencorakkan kehidupan kita sendiri. Cara berfikir yang betul adalah dengan berfikir positif. Jangan selalu mengatakan 'aku tak boleh' 'tak mungkin la aku boleh buat' 'susah la, boleh ke'. Sebab itulah hidup kita tidak berjaya. Sebab kita dah set mind kita dengan bercakap macam tu. Bila dah set mind macam tu sampai bila pun kita tak boleh nak buat dan macam mana nak berjaya kalau macam tu kan.
'We'll never know if we never try'. Bagaimana kita nak berjaya kalau kita takut untuk mencuba? Kurang berkeyakinan untuk mencuba padahal itu yang kita inginkan. Just follow your heart for what you think is right and be confident to try.
'You never enjoy your life, living inside the box, you're so afraid to taking chances, how are you going to reach the top?' - Waiting Outside the Line by Greyson Chance. Hidup ini umpama roda. Kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita di bawah kerana setiap manusia pernah merasai kejayaan dan juga kegagalan dan setiap kejayaan dan kegagalan yang dirasai oleh manusia mempunyai hikmah dan pengajarannya yang tersembunyi disebaliknya. Ketahuilah bahawa tidak ada yang salah pun kalau hendak mencuba. Berusaha untuk dapatkan apa yang kita inginkan. Kalau kita takut nak mencuba sampai bila pun kita takkan dapat apa yang diinginkan dan hidup kita kekal begitulah.
'Nothing great ever come that easy'. Kalau mencuba tapi tidak berjaya cuba lagi jangan putus asa. Kerana orang yang tidak berputus asa selalu akan berjaya. Setiap usaha yang diberikan pasti akan mendapat ganjaran yang berlipat ganda. Never give up, keep trying until you succeed!
Hidup ini not for nothing. Our future is depend on us. Fikirlah apa yang betul untuk kita lakukan pada masa hadapan. Jangan selalu mendengar kata-kata negatif dari orang lain dan jangan terpengaruhi dengan kata-kata mereka. Sebab apa yang kita rasa betul untuk buat just buat. Sebab ini future kita, bukan orang lain.
Jodoh itu Rahsia Allah
Seperti mana yang semua orang dah tahu jodoh ni ketentuan Tuhan. Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. Cuma kadang kita terfikir jodoh ni perlu dicari atau menunggu sahaja? Ada yang berfikir kita hanya perlu menunggu. Sebab Allah kan dah tentukan jodoh masing-masing. Kalau dah tiba masa jodoh kita sampai, seseorang tu datang la sendiri kat kita. Tapi ada juga yang anggap statement tu salah. Sebab kalau nak jodoh tu datang kat kita, kita sendiri la yang kena cari. Jodoh takkan datang bergolek. Kita kena berusaha. Agak confuse kan disini? Aku sendiri pun confuse. Tapi jangan risau sebab baru-baru ni aku ada baca entry pasal jodoh yang telah membuka luas minda dan hati aku ni. So, kat sini aku nak share sikit. Jangan lah risau kalau jodoh belum sampai sebab mungkin belum masanya lagi. Biar Allah yang tentukan okay.
Jodoh itu suatu ketentuan.
'...Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesunguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.' [Surah Ath-Thalaq, 65: 3]
Jodoh dan pertemuan seseorang terletak pada ketentuan Allah. Tiada sesuatupun yang akan berlaku, melainkan dengan izinNya.
Tapi perlukah kita berusaha? Usaha yang sebenar adalah fikir dahulu sebelum membuat tindakan. Tanya diri kita bersediakah kita untuk menerima jodoh ini. Jika dalam masa terdekat kita tahu yang kita belum bersedia untuk melangsungkan pernikahan (atas apa-apa sebab sekalipun), maka 'usaha mencari' itu masih tidak perlu. Gejala ber'couple' ini boleh menjerumuskan diri kita ke arah zina. Dan zina merupakan dosa besar.
"Mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dengan merindui, mengingati dan membayangi si dia." - [HR Bukhari dan Muslim]
Dalam pemerhatian aku sendiri, ramai orang tak kira lelaki mahupun perempuan dah banyak kali kecundang dalam percintaan yang berlandaskan suka sama suka. Kerana mereka salah dalam mengetepikan kuasa Allah dalam persoalan jodoh.
Dan wahai hati-hati yang suci, jikalaupun ikatan yan dibina itu mampu berkekalan sekalipun, namun, apakah yang masih kita mahu berharap padaNya, jika usaha yang diletakkan pun tidak menepati kehendak syarak atau lebih jelasnya, bertentangan dengan kehendak Allah? Dan berhakkah kita untuk mencintai orang yang masih tidak halal bagi kita? Adakah itu namanya cinta tulus dan suci? Fikir-fikirlah sendiri.
Dan bagi yang mampu, berusahalah anda untuk mencari jodoh. Jadilah yang terbaik untuk mendapatkan jodoh yang terbaik kerana perempuan/lelaki yang baik hanya untuk perempuan/lelaki yang baik. Mohon pada yang Esa agar dipertemukan jodoh yang baik dan dipercepatkan jodoh bagi yang dah bersedia. Moga Allah S.W.T memakbulkan doa kita. InsyaaAllah. :)
p/s: There's no such thing as 'forever alone'. Allah kan ada bersama kita. :)

Sunday, 20 May 2012
Expect less
Don't expecting too much, you might get hurt. This is the words that I always keep saying to myself. Jangan terlalu berharap. Berusaha dan bertawakal. Apa-apa keputusan Allah yang tentukan. Kalau apa yang kita harapkan tu tak dapat redha ja. Sebab Allah dah sediakan yang lebih baik untuk kita. Jangan stress, jangan kecewa sebab yang tu memakan diri kita dan boleh menghilangkan mood kita. Kita hanya perlu redha. InsyaaAllah we'll be fine.. :)
'Jika petunjukNya telah sampai, masihkah aku mahu menidakkannya?'
Alhamdulillah Ya Allah, for open my heart. Memang betul dugaan yang datang memberi kebaikan kepada kita semua. Allah dah tunjuk jalan yang betul bagi aku. Dan aku sedar hidup ini bukan untuk dunia sahaja. Hidup ini untuk mengumpul bekalan untuk akhirat kelak, untuk hidup disana yang kekal abadi. Allah S.W.T dah buka hati aku untuk hidup ke jalan yang lebih baik. Aku bersyukur. Hidup begini lebih indah. Aku lebih bahagia. Alhamdulillah. Aku nak lupakan hidup yang lama dan mulakan hidup yang baru as a better person. InsyaaAllah. 'Ya Allah, peliharalah hati ini, jangan dikotori lagi' Amin.
Wednesday, 9 May 2012
Kesilapan itu mengajar kita
Kadang-kadang seseorang itu terpaksa menipu sebab nak protect something. Kita tidak tahu. Tapi kita membuat pelbagai andaian yang salah dan direka sendiri oleh fikiran kita. Padahal apa yang kita fikir itu mungkin tidak betul. Apabila kita melakukan sesuatu kesilapan jangan look back. Because you can't change what has already happened, so don't waste your time thinking about it. It's done, get over it okay. Just forgive and move forward. Itulah jalan yang paling terbaik.
Kesilapan yang kita lakukan hari ini sebenarnya mengajar kita apa yang betul dan apa yang salah serta mematangkan kita. Kesilapan memberitahu kita tentang apa yang perlu kita pelajari pada masa hadapan agar tidak mengulangi lagi kesalahan yang kita lakukan dahulu.
You'll never learn if you don't make mistakes, right? And anyone who never make a mistakes has never tried anything new.
Kesimpulannya, janganlah kita selalu menjudge orang dengan kesilapan yang mereka lakukan. Sepatutnya cermin diri kita dulu. Kita sendiri tidak boleh lari dari melakukan kesilapan. Apatah lagi orang lain kan. Nobody's perfect. Maafkan orang yang buat salah dekat kita dan minta maaf dekat orang yang pernah kita sakiti. Itu kan lebih baik. Lagipun tak berbaloi langsung dari terus ego. Bukan kita dapat apa pun. Fikir-fikirkanlah. :)
Tuesday, 8 May 2012
Takdir dan Dugaan
Takdir kita semuanya ditentukan oleh Allah S.W.T. Tiada sesiapa pun yang boleh mengubah takdir seseorang. Apa pun takdir kita, sebagai manusia kita kena terima tidak kira baik mahupun buruk. Kerana setiap takdir yang berlaku pasti ada hikmahnya. Cuma hikmahnya kekadang kita tidak pasti kenapa dan kita tidak nampak, tapi percayalah apa yang Allah S.W.T beri pada kita semuanya indah belaka. Tapi jangan hanya terlalu berserah kepada takdir kerana kita juga kena berusaha untuk dapatkan apa yang kita inginkan dalam hidup buat bekalan di dunia dan akhirat kelak.
Dugaan sentiasa hadir dan pergi kepada orang yang disayangi Allah. Tapi dugaan yang hadir dalam hidup kita bukan selama-lamanya sebab akhirnya kesenangan yang kita dapat. Ingat Allah sedang menguji kita. "Ujian itu diturunkan untuk kita lebih dekat kepadaNya", "Allah tidak akan membebani seseorang di luar kemampuan seseorang itu", "Bertuahlah anda insan terpilih, Allah menyayangi anda" seringkali kita dengari setiap kali ujian, musibah atau kesedihan menimpa kita. Tetapi hati ini kadangkala begitu degil menerimanya. Mengapa? Kerana jiwa yang tidak dipagari dengan iman sangat mudah dikacau, hati yang tidak 'diberi makan' mudah sakit. Astaghfirullahal'azim.
Ketika ditimpa dugaan, inilah peluang kita untuk berkasih sayang denganNya, tempat untuk kita kembali semula setelah lama kita alpa dan lalai kepadaNya. Tidakkah kita melihat betapa bertuahnya kita apabila DIA memilih kita untuk tidak terus hanyut? Inilah peluang untuk kita bertaubat dan menyedari DIA merindui suara kita. Subhanallah. Apa yang kita perlu kita lakukan ialah mulakan hidup baru, dekatkan diri kepada Pencipta, perbaiki diri menjadi muslim terhebat dan ingat Allah sentiasa bersama hambaNya tidak kira senang ataupun susah. Paling penting kita perlu sentiasa berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah S.W.T. Itulah kunci kejayaan kehidupan sebenar. Ingatlah bukan saat sedih dan kesusahan, mencari Allah. Saat senang dan gembira, melupakan Allah kerana yang memberikan kesenangan itu juga Allah.
Kadang-kadang dalam perjalanan merentasi menujunya yang satu, berbagai dugaan yang menimpa. Meratah keimanan kita satu persatu. Kekadang rasanya tak mampu. Kadang-kadang mahu beralah. Tetapi di sana ada kebahagiaan hakiki. Aku yakin!
Fate doesn't care about plans.
If something is meant to be, it will be. I don't know about you, but I'm a firm believer in fate. Everything happens for a reason, and sometimes the reasons aren't very clear. Some we find out almost immediately, and some we live our whole lives trying to figure out. Why you met someone, why you lost someone, why things happened the way they did. I'm constantly thinking about this. But ultimately, i know that everything end just the way it's meant to. Nothing I do can change the outcome. It always ends well, and if it doesn't.. well, its just not the end. It's that simple.

Just so you know
Assalamualaikum!
Hye readers, aku Ameera.ada twins, Adeela. I'm 21 years old. Baru menamatkan pelajaran di Uitm Kuala Terengganu, Diploma Seni Lukis dan Reka(Tekstil). Sedang menunggu result degree keluar. InsyaaAllah kalau dapat. Aku suka menulis, since 2004 aku dah start ada journal. Aku akan menulis bila ada something dalam fikiran yang nak diluahkan. Actually, aku suka meluahkan apa yang aku rasa dekat journal aku. Bila aku luahkan apa yang aku rasa hati ni rasa lapang sikit. Tapi yang penting kita kena luahkan dekat Allah S.W.T dulu. Sebab Dia lagi Maha Mengetahui apa isi hati kita. Aku still ingat lagi waktu aku tulis journal time tu aku baru Form 1. Time tu still budak yang tak kenal dunia lagi. Bila sekarang aku baca balik aku tersenyum sendiri ingat balik kenangan silam.
Apa yang aku suka? Aku suka membaca. Buku yang selalu aku baca ialah buku motivasi. Sebab kita sebagai manusia haruslah memotivasikan diri untuk memperbaiki dan mempertingkatkan kualiti hidup menjadi lebih baik. Membaca memberi manfaat kepada kita kerana ilmu terlalu luas ini perlu ditelaah kerana tanpa ilmu hidup ini umpama pokok tanpa buah dan aku juga adalah seorang yang bersifat ingin tahu dalam sesuatu perkara. Membaca menjadikan diri bersifat terbuka, berkeyakinan tinggi dalam apa jua tindakan, dapat menerima baik buruk dalam hidup dan paling penting sentiasa berfikiran positif . Semakin meniti hari untuk kita grow up pelbagai dugaan yang menimpa kita. Tapi kita tidak boleh berputus asa. Kita kena sentiasa kuat dan bersedia menerima apa yang bakal berlaku dalam hidup. Segala pahit manis, ujian dan dugaan dalam kehidupan inilah yang mematangkan kita dan mendekatkan lagi kita kepada Yang Esa.
Selain dari membaca aku suka dengar lagu yang bagi inspirasi pada diri aku. Sekarang kan banyak lagu-lagu yang berinspirasi seperti lagu InsyaaAllah - Maher Zain, Who Say - Selena Gomez, Believe in Me - Demi Lovato, The Climb - Miley Cyrus, Can't Back Down - Demi Lovato . Lagu-lagu berinspirasi bagus untuk memotivasikan diri agar fikiran kita lebih terbuka dan berpositif. Dan aku juga suka tengok movies atau drama tv series yang jalan ceritanya penuh dengan misteri atau tanda tanya yang membuatkan otak kita perlu berfikir untuk tahu apa yang bakal terjadi hingga penghujung cerita such as Pretty Little Liars, NCIS, Criminal Mind, CSI dan The Uninvited. Bagi aku cerita sebegini bagus kerana melatih otak kita untuk berfikir dan juga berfikiran logik.
Aku juga suka sangat memasak dan tengok program masakan di TV. Cooking is my passion. Kalau aku masak, aku selalunya tak ikut sangat resipi sebab aku suka mereka-reka masakan. Selalunya aku masak makanan Barat. Tapi makanan Melayu pun aku suka masak. Bagi aku memasak adalah sesuatu kepuasan bagi diri aku. Tapi kepuasan itu sukar diungkapkan sebab aku happy bila aku masak untuk diri sendiri atau untuk orang lain.
Dan akhir sekali, almost everyday aku akan membaca quote yang bagi inspirasi kat diri aku. Dan inilah favourite quote aku;
'Promise yourself to be strong that nothing can disturb your peace mind.
Look at the sunny side of everything and make your optimism come true.
Think only of the best, work only for the best, and expect only the best.
Forget the mistakes of the past and press on to the greater achievements of the future.
Give so much time to the improvement of yourself that you have no time to criticize others.
Live in the faith that the whole world is on your side so long as you are true to the best that is in you'
- Christian D.Larson

Subscribe to:
Posts (Atom)