Bila kita dalam tekanan (stress), kita mencari lagu yang sesuai dan kena dengan jiwa (kononnya) untuk didengar, bukan dicari alunan ayat-ayat Al-Quran.
Bila kita dalam kesedihan, kita cari teman untuk berkongsi ratap tangis, bukan dikongsi dengan Tuhan.
Bila kita marah, kita sering menjerit, meninggikan suara; menggunakan kata-kata kesat dan nista dalam melahirkan rasa tidak puas hati, bukan kita diam, berwudhu’ dan solat sunat 2 rakaat.
Bila kita rasa tertipu dengan seseorang, kita berdendam dan mahu membalas setimpal atau lebih teruk, bukan kita bersabar dan mendoakan biar Allah bukakan hatinya untuk sedar dari kesalahannya.
Bila kita tidak menyukai seseorang,kita cuba mencari kesalahannya dan memfitnah/ber’gossip’,bukan kita cuba mengenalinya dengan lebih dekat untuk tahu masalah dan dirinya yang sebenar kerana Allah.
Bila kita rasa kurang bermotivasi dan perlukan inspirasi, kita lihat pada ‘orang-orang kaya dan ternama’ di dunia dan bukan pada mereka yang sudah dijanjikan Syurga olehNYA.
Persoalannya, mengapa kita cari kegembiraan, ketenangan dan kedamaian jiwa pada ‘tempat-tempat’ yang salah dan yang tidak sepatutnya?
Tidakkah kita tahu perilaku lazim kita ini tidak mampu membawa kita ke mana-mana malah merumitkan masalah jiwa kita yang sering meronta-ronta mencari hala tujunya yang nyata?
Astaghfirullah al a’dzim..
Monday, 10 December 2012
Wednesday, 5 December 2012
I believe in Allah
Aku bersyukur dengan apa yang telah Allah zahirkan dalam setiap perkara yang dibutakan dahulu. Hikmah yang tersirat berjaya aku rungkai sedikit demi sedikit dengan bantuanMu, Ya Allah. Dan kini aku sedar atas setiap perkara yang berlaku itu memberikan kebaikan kepadaku. Semuanya tidak terjadi dengan sengaja atau sia-sia tetapi itulah perancangan Allah untuk menyempurnakan setiap liku-liku kehidupan ini. Tiada apa pun dalam dunia ini terjadinya dengan kebetulan kerana semua itu telah ditetapkan olehNya. Semuanya kehendak Allah Taala. Dan aku yakin HANYA pada Allah Azza Wa Jalla.
Alhamdulillah.
Monday, 3 December 2012
Dunya is 'nothing'
Semakin kau dewasa, semakin jelas pandanganmu pada dunia. Yang mendekatkan diri dengan Agama, akan nampak Dunia ini 'tiada apa-apa'.
Benar, dunia ini 'tiada apa-apa' sebenarnya. Dalamilah agama sedalam-dalamnya. Aku pasti kamu semua akan bersependapat denganku dan tersedar dari keasyikan dunia yang tak memberi apa-apa pun. Di sini kita sebagai hamba Allah perlu menyerahkan segalanya hanya pada Allah SWT. Kita hidup untuk mencari hidup yang sempurna untuk dibawa bekalan buat hidup yang sebenar-benarnya iaitu di akhirat kelak, hidup yang kekal abadi. Kita semua diberi pilihan samada ke Syurga atau Neraka. Aku jamin semua orang pasti ingin menuju ke Syurga. Tetapi tanya pada diri dulu, 'Adakah aku layak ke SyurgaNya?'.
Semakin hari meniti masa dan semakin umur kita meningkat tua, kita lupa kematian semakin dekat dengan kita. Kematian itu tidak mengira umur, tidak mengira siapakah kita, tidak dipandangnya pangkat atau darjat seseorang, bila tiba masanya akan kita kembali jua kepadaNya. Tetapi mengapa segelintir manusia sekarang ini berkelakuan ibarat akan hidup selama-lamanya? Mereka tidak memikirkan tentang kematian bahkan tidak takut dengan kematian yang semakin hampir. Mereka mengatakan mereka takut akan Tuhan tetapi masih tidak bertindak seperti apa yang dikatakan. Katanya benci akan syaitan tetapi masih menurutinya. Sangat aneh tetapi inilah kenyataan.

Sudah ramai tertipu dengan duniawi. Mereka terlalu taksub mengejar kemewahan, populariti sampai lupa yang diri akan menghadapi kematian kelak. Segalanya akan ditinggalkan disini kerana itu semua milik Allah Azza Wa Jalla. Tidak usahlah mendabik dada dan bangga dengan harta benda yang dipinjam. Esok-esok Allah ambil balik semuanya kembali. Kehilangan orang atau harta yang sayangi mempunyai hikmah. Allah nak kita tahu yang semuanya milikNya. Allah nak kita belajar untuk meletakkan kebergantungan hanya padaNya bukan manusia atau benda lain. Apapun tidak boleh membahagiakan kita selain dari Allah kerana yang memberikan kita kebahagiaan itu datangnya daripada Allah SWT.
Ramai yang aku kenal dan lihat hebat, kaya, berharta dan ternama tetapi jiwanya MISKIN kerana kebergantungannya pada manusia,bukan pada Pencipta..- Dr Anwar Fazal.
Perbanyakkanlah membaca buku agama, tengok ceramah agama di tv, dan baca artikel di internet seperti iluvislam.com sudah pasti banyak memberikan ilmu agama yang bakal menyedarkan kita akan kehidupan yang sebenarnya. Bukannya susah pun nak belajar agama. Sumbernya mudah didapati dan sangat banyak cuma antara nak atau tidak. "Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih".

Andai aku pergi dulu
Bismillahirrahmanirrahim,
Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukan bererti akulah yang terbaik dikalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Mungkin juga aku yang paling hina dikalangan kamu semua...
Andai aku pergi dulu,
Akanku tinggalkan coretan ini kepada kamu semua,
Sebarkan segala perantaraan ini dari Allah kepada orang.

Andai suatu hari nanti diri ini pergi..
Pergi dan tiada makna jumpa lagi..
Maafkanlah segala dosa khilaf diri ini..
Halalkanlah makan, minum, dan ilmu yang diberi..
Ampunkanlah segala kesalahanku,
Andai ada hutang yang masih berbaki tidak terbayar..
Tuntutlah pada keluargaku..
Ingatkanlah mereka..
Supaya aku dapat tenang di sana..
Blog ini adalah untuk semua..
Kongsikanlah kebaikan bersama..
Sahabat-sahabat teruskanlah perjuangan menuju Tuhan..
Perjuangan ini perlu kita teruskan walau kita berjauhan..
Dahulukanlah keredhaanNya,
Jadilah kita umat terbaik baginda,
Moga kelak dapat kita berkumpul di Syurga,
Atas pandangan keredhaan Sang Pencipta.
Yang benar,
anakmu,
kekandamu,
sahabatmu,
anak muridmu,
saudara seagamamu,

Ameera.
Thursday, 18 October 2012
Tuesday, 2 October 2012
Menguji ketulusan hati
Manusia mudah lalai, mudah saja tergoda dengan iblis laknatullah, dan manusia juga mudah lupa kerana manusia makhluk Allah Azza wa Jalla yang lemah. Hati manusia perlu sentiasa dijaga kerana itulah punca diatas segala jasad dalam diri manusia. Jauhkan perkara yang dilarang dan tingkatkan beribadah kepada Allah S.W.T dengan penuh ketulusan hati. Juga jauhkan sifat penyakit hati iaitu hasad dengki, riak, takkabur dan dendam kerana sifat sedemikian mematikan hati. Hati yang mati menyebabkan lalai dari mengingati Allah S.W.T, lebih kasihkan dunia dari akhirat dan banyak berbuat maksiat. Tanda hati mati juga ialah seseorang itu tidak merasa bersalah dan menyesal sedikitpun setelah melakukan dosa dunia. Nauzubillah.
Hati yang ikhlas ialah hatinya sentiasa mengingati Allah di atas setiap tindak tanduknya yang dilakukan. Rasulullah S.A.W bertanya kepada iblis laknatullah, 'Siapakah orang yang ikhlas menurutmu wahai Iblis?'. Makhluk terlaknat ini menjawab, 'Bukankah kau telah mengetahui wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, dia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat orang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku dapat pastikan bahawa dia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan serta hatinya masih terlalu terikat dengan kesenangan dunia, dia sangat patuh padaku.'
Bersihkan hati dengan zikir-zikir Allah serta segera bertaubat dan selalu memperbaharui taubat kepada Allah S.W.T. Iblis takut untuk mendekati manusia yang selalu berzikir mengingati Allah dan gagal untuk memasuki hati yang bersih. Ini adalah tip yang mudah untuk membersihkan hati selain dari solat 5 waktu dan berzikir. Antaranya ialah:
1. Bersyukur dengan kurniaan Tuhan
2. Beribadat dengan benar dan seikhlas hati
3. Berakhlak baik
4. Menimba ilmu tanpa henti
5. Bekerja keras cara bijak
6. Bersederhana dalam hidup
7. Ringan tangan membantu sesiapa sahaja
8. Memaafkan orang lain
Rasulullah S.A.W mengajar kita berdoa untuk menyelamatkan diri daripada bisikan jahat Iblis, "Wahai Rabb kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami dari Api Neraka". Juga berdoa, "Maha Suci Engkau, Ya Allah, aku memujiMu. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, aku minta ampun dan bertaubat kepadaMu".
"Manusia yang tidak mematuhi perintah Allah dan nabiNya, adalah manusia yang menganiaya dan menzalimi dirinya sendiri. Manusia yang melanggar syariat Islam, pada hakikatnya, menciptakan kesengsaraan bagi dirinya sendiri."
Tanda-tanda hati ikhlas
1. Takut kepada kemasyhuran-takut terselit perasaan riak, sombong dan takkabur.
2. Curiga terhadap diri sendiri-bimbang tidak mampu menunaikan kewajipan.
3. Beramal di tempat yang sunyi.
4. Tidak mencari pujian dan tidak tertipu dengannya.
5. Tidak kikir memuji mereka yang berhak dipuji.
6. Sentiasa istiqamah dalam melakukan ibadat
7. Mengadakan perayaan dengan mengharap redha Allah SWT bukan redha manusia.
8. Suka dan benci kepada sesuatu kerana Allah SWT.
9. Sabar di atas dugaan dan ujian dalam perjalanan menuju Allah SWT.
10. Gembira dalam melakukan ibadat tanpa perasaan disaingi atau dipaksa.

Subscribe to:
Posts (Atom)