Hidup tak semestinya selalu bahagia, kadang-kadang kita juga hadapi dugaan yang datang tanpa diundang. Tapi apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Hadapilah hidup anda dengan senyuman tak kira apa sahaja yang berlaku. Jangan mudah kecewa. Just stop worrying about everything. You'd be a lot happier if you didn't let everything get to you.
Senyumlah, kerana hidup seharian kita sia-sia jika kita tak menikmati hidup ini. Bersyukur dengan apa yang Allah tentukan dalam hidup kita. Apa yang Allah rancang untuk kita adalah terbaik untuk diri kita. Yakinlah akan Dia. InsyaaAllah semuanya akan baik. :)
Saturday, 30 June 2012
Perspective is Everything
Sebelum mentafsir sesebuah perkara perlulah dilihat secara perspektif yang menyeluruh. Jika kita melihat dengan hanya satu perspektif muncul lah kesefahaman yang salah. Ini adalah salah satu punca perselisihan di dalam satu perhubungan tak kiralah dari segi perhubungan cinta, keluarga atau kawan. Mungkin dengan hanya mendengar, atau melihat sesuatu perkara itu adalah betul apa yang difikirkan oleh kita. Sebagai contoh, kawan kita ni seorang yang panas baran, suka memberontak dan kasar. Maka, muncullah pelbagai andaian yang bukan-bukan tentang dia, bukan? Padahal bila diselidik balik punca mengapa boleh terjadinya begitu disebabkan masalah yang dihadapinya. Itu sebagai contoh.
Seseorang itu membuat sesuatu mestilah mempunyai sebab yang tertentu. Tiada perkara yang terjadi di dunia ini hanya saja-saja. So, janganlah kita membuat andaian yang bukan-bukan jika kita tidak tahu perkara yang sebenar. Sebaiknya selidik dulu sebelum membuat andaian. Selalulah bersangka baik terhadap apa-apa sahaja, berfikirlah secara positif agar hati sentiasa tenang dan Insyaa'Allah hidup anda lebih bahagia.

Janganlah kita memandang apa yang kita nampak dari luaran seseorang because you have no idea what their JOURNEY is all about. Dan paling penting berhentilah mengkritik perkara buruk yang boleh mengaibkan seseorang kerana siapalah kita untuk menilai baik buruk seseorang. Kita bukanlah manusia sempurna. Yang layak hanyalah Dia, Allah S.W.T.
Thursday, 28 June 2012
Yakin akan Dia!
Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Untuk kita belajar sesuatu darinya. Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah, semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan. Percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak berlaku pekelahian, salah faham dan ketidak seragaman.
Namun masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yang jernih. Kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah S.W.T. Ikatan hati manakah lagi yang paling kuat selain dari Allah? Kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ketidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita. Itulah dia Allah S.W.T.

Kerana dihitung perbezaan-bezaan, memang akan semakin menjadikan hati kita jauh. Namun, those does not matter, sebab Allah sahaja yang membina hati kita. InsyaaAllah.. And He knows BEST! Wallahua'lam. Bersabarlah, dan teruslah berdoa. Allah S.W.T pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, jika kita benar-benar yakin akan Dia!
Subscribe to:
Posts (Atom)